Sinopsis filem Geran (2019)

Sinopsis filem Geran (2019)

Filem Geran

Filem Geran arahan Areel Abu Bakar mengetengahkan seni persilatan dalam babak-babak aksi. Dibintangi oleh Namron, Khoharullah, Feiyna Tajudin, Fad Anuar, dan ramai lagi. Filem Geran ditayangkan di pawagam seluruh negara bermula 10 Oktober 2019.

TAJUK : GERAN
Tarikh Tayangan : 10 Oktober 2019
Genre : Drama, Aksi
Pengarah : Areel Abu Bakar
Terbitan : Layar Pictures Sdn Bhd
Pelakon : Namron, Fatimah Abu Bakar, Khoharullah Majid, Feiyna Tajudin, Fad Anuar, Taiyuddin Bakar, Niezam Zaidi, Adam Shahz, Megat Shahrizal, Azlan Komeng, Aeril Zafrel

WATAK PELAKON 
Namron sebagai Pak Nayan 
Khoharullah Majid sebagai Ali 
Fad Anuar sebagai Arip 
Feiyna Tajudin sebagai Fatimah
Azlan Komeng sebagai Kahar
Taiyuddin Bakar sebagai Mi Piang

SINOPSIS GERAN
Mengisahkan tentang dua orang sahabat baik, Pak Nayan dan Haji Daud yang juga rakan seguru dalam ilmu persilatan. Namun disebabkan ada sejarah di antara mereka berdua, mereka saling berdendam dan persengketaan terus berlarutan. Hal ini melibatkan anak-anak Pak Nayan ke dalam situasi yang rumit. 

Ali dan adik perempuannya, Fatimah berasa amat marah dan kesal dengan adik bongsu mereka, Mat Arip yang tidak pulang ke rumah membawa bersama geran tanah pusaka. 
Mat Arip sebaliknya terlibat dengan kumpulan liar yang terbabit dengan aktiviti perlumbaan kereta secara haram dan perjudian selain mencagarkan geran tanah pusaka kepada Haji Daud. 

Sebagai abang sulung, Ali bertanggungjawab untuk mencari dan membawa pulang Mat Arip kembali ke pangkuan ayah mereka, Pak Nayan.